Sabtu, 11 Julai 2009

minggu yang sibuk





semalam sempat gi belikan baju untuk anak dara saya yang dijohor tu tak tahu dia suka ke tak?
minggu ni saya tak dapat nak kemas kini blog saya sorryla.sebab minggu ni sibuk sangat dengan kelas dan menguruskan anak gi tiusyen dan kelas agama yang saya ikuti minggu ni.tak sempat lansung nak nengok blog apalagi nak kemaskininya lagi tak sempat.minggu depan ni pulak kwan-kawan sebuk ngajak gi kelas biskut pulak sebab puasa dah dekat la katakan.kalau ada projek terkini nanti saya letak kat sini untuk dikongsi bersama.

resepi apam kukus


(A)
bahan-bahan
300gm tepung gamdum
170gm gula
1 cawan air sejuk
2 sudu besar mentega
pewarna ikut kesukaan
(B)
11gm yis kering
1cawan air
cara-cara
1.bancuh bahan B dan kacau sebati.ketepikan
2.satukan semua bahan A dan kacau sebati
3.ambil bahan B dan masukkan ke dalam bahan A tadi.kacau lagi sehingga sebati.
4.adunannya hendaklah tidak terlalu cair atau pekat
5.biar selama 15minit untuk adunan naik...lepastubolehlah dikukuskan hingga masak.
6.biarkan sejuk baru dipotong dan dimakan bersama kelapa parut.


resepi susu pekat manis buatan sendiri

bahan-bahan
100gm susu tepung
125gm gula halus
150gm air suam
1/4 cawan marjerin

cara-cara
masukkan semua bahan-bahan diatas kedalam blender kisar hingga halus dan creamy kacau jika perlu.simpan dalam bekas kedap udara sedia untuk digunakan.

semua resepi sumbangan rakan blog untuk dikongsi bersama.tq