Ahad, 26 Disember 2010

gerobok bondaku











salam buat semua,lama tak melawat blog kerna sibuk dengan tugasan harian.minggu cuti2 ni sibuk sentiasa dengan melayan aktiviti anak2 yang ada di rumah.bermacam kerenah nya so layan je la.minggu ni masih jalan2 cari pml yang menambat hati tetapi belum ku temui yang berkenan di hati.ada la sikit dapat dari pulang ke kampung suami di perak sana hasil terjah di kedai apek dan rumah arwah nenek nya kekwa hitam yang berjaya ku temui dan miliki jadi la walaupun belum lagi ku kumpulkan ahli keluarga kekwa hitam ni.sabar harap dapat ku temui semua saudara maranya..dari pj ke sungai besar terus ke langkap,bidor dan pj semula akhirnya kekwa hitam juga ku temui.hajat hati nak ros hitam tapi kekwa hitam yang sangkut.syukur juga la dari tak dapat apa2 lagi hampa.
ini antara yang dapat di temui dalam jalan2 masa cuti2 ni..semalam balik umah mak dapat juga set pinggan lama tapi moden coraknya..kerna bonda ku moden orang nya..semua koleksi yang dia ada moden2 corak pinggan nya apa2 pun suka sebab menarik juga pinggannya.