Sabtu, 27 Jun 2009

coklat 3






gambar yang sempat diambil semasa hadir ke kelas pada hari tu.seronok sangat hadir ke kelas tu tq chef

kelas coklat 2






ini gambar hasil coklat bunga ros yang telah dibuat bersama chef yann.dan rakan yang hadir bersama dalm kelas coklat pada hari tersebut.

kelas coklat 1






teknik cetakkan bunga ros yang telah diajar oleh chef yann yang peramah sangat orangnya.hasilnya cantik dan sedap dimakan.anak suka sangat.

kelas coklat






pada hari jumaat lepas saya telah menghadirkan diri dalam kelas coklat di damansara bersama ina sahabat dari sri damansara.buat masa sekarang ni tengah sibuk di sana sini bercakap pasal kelas coklat cuma ada mahal murah bayaran kelas tersebut.saya rasa sangat gembira kerana dapat menghadiri kelas membuat coklat tersebut kerna sudah lama saya ingin sangat belajar membuat coklat sendiri untuk anak,akhirnya berjaya juga.dalam kelas ni saya banyak belajar teknik cetakkan coklat dan bahan-bahan yang digunakan mudah didapati itu yang penting kalau belajar membuat coklatpun tapi bahannya susah didapati apabila hendak membuatnya adalah masalah juga.ini lah hasilnya.

pizza lagi




hari menu pizza dan lasgnia sebab nak makan sama-sama anak-anak .anak sulung saya cuti 3 hari esok balik johor lagi.biasanya kalau semua ada kat rumak kami akan makan sama dan menu nya lain tak makan nasi,semalam buat lamb chop dengan sos black papper.habis tak cukup sampai lupa nak ambil gambarnya.

Khamis, 25 Jun 2009

resepi ikan D'rasa

bahan-bahan
1 ekor ikan kerapu/lain ikan boleh
1 biji bawang besar(potong kiub)
1 biji cili bangla(potong nipis)
1 biji cili merah(potong panjang)
1 batang lobak saiz kecil(potong Halus)
2 sudu makan minyak masak
3 sudu besar gula pasir
5 sudu makan sos bawang putih(thai sos pun boleh)
3 sudu sos tomato
1/2 sudu tepung jagung(untuk pekatkan kuahnya bancuh dengan air 1 1/2 cawan)
3 sudu besar cili boh
1 sudu makan sos tiram
garam secukup rasa.
perasa

caranya
ikan goreng separuh masak angkat
panaskan minyak masak,masukkan cili boh tumis gareng kemudian masukkan sos tiram kacau,masuk thai sos,tomato sos biar seketika.kemudian masukkan gula,garam air 1 1/2 cawan yang telah dicampur dengan tepung jagung kacau lagi.apabila mendidih masukkan lobak,cili merah,cili bangla biar lembut sedikit baru masukkan ikan.apabila sudah masak dan secukup rasanya angkat dan didangkan.


selamat mencuba!!!!!!.

ikan masak D'Rasa.



hari ni masak awal sikit sebab petang ada klas.makan tengahari ni inilah menunya ikan D'rasa dan sup ayam cendawan.simple je.kat rumah saya jarang masak banyak jenis lauk dan sayur sebab kita selalunya makan sekali je,malam masak lain menu tapim kalau ada tetamu baru saya masak banyak untuk 2X makan.

aktiviti hari ini





hari saya sibuk menyiapkan cup cakes yang ditempah oleh kawan baru.agak sibuk juga hari ni sebab petang kena hantar anak gi kelas tuisyen ss14pj lepas tu gi kelas agama pulak sampai pukul 4.30 petang sampai rumah dekat pukul 5petang pegi pasar malam pulak beli durian sebab anak dari johor balik esok nak makan durian.esok petang ada kelas coklat gi dengan kawan ina sri damansara.kelas kami kat HOI di sri damansara iaitu kedai menjual barangan kuih dan segala kelengkapan memasak.

Selasa, 23 Jun 2009

apam balik


petang semalam sempat buat kuih apam balik untuk minum petang walaupun saya sampai rumah pukul 4.30petang sebab ada urusan di kuala lumpur.jadi saya kongsikan resepi ini untuk kekawan semua tq.

bahan-bahan.
2cawan tepung gamdum
1/2 cawan gula
1/2 s.teh sodabicabonat
1/2 s.teh baking powder
sedikit pewarna kuning telur
1 1/2 cawan air

mentega untuk sapu pada kuali tidak melekat
hiasan :kacang tanah kisar,jagung dalam tin.

masukkan semua bahan diatas dan mesin hingga kembang gebu.jika pekat tambahkan sedikit air lagi tapi jangan terlalu cair.
biarkan bancuhan seketika,kemudian barulah tuang kedalam kuali mengikut besar kuih apam balik yang kita inginkan.
sebelum diangkat tabur kacang dan jagung keatasnya dan lipat dua.

SELAMAT MENCUBA.

Isnin, 22 Jun 2009

mee bandung simple


terima kasih pada kawan-kawan yang sudi singgah ke blog saya yang tak seberapa lengkap ni tapi saya gembira kerana ianya dapat mengisi masa lapang saya mengemaskini blog ni jika ada kelapangan masa.walaupun saya tidak bekerja tapi kekadang jadual saya padat macam orang yang bekerja juga.petang semalam sempat juga menyiapkan mee bandung simple untuk minum petang untuk suami dan anak.alhamdulillah suami suka mee ni,sebab pertama kali mencuba resepi dari kawan blog.

Sabtu, 20 Jun 2009

jahitan tudung





saya bertemu dengan cikgu emi dari kg tungku pj beliau telah mengajar saya seni jahitan tudung ikin yang sedang hangat sekarang ini.akhirnya saya berjaya menyiapkan beberapa koleksi tudung yang saya pelajari dengan cikgu emi.ini lah hasilnya.

kelas jahitan langsir




beberapa bulan yang lalu saya mengukuti kelas jahitan,sudah lama saya mencari guru untuk mengajar saya menjahit,syukur dapat bertemu dengan seorang kawan yamg mahir menjahit dan dapat mengajar saya seni jahitan langsir seperti yang saya impikan sebelum ini.saya berjaya menjahit beberapa jenis langsir.

Jumaat, 19 Jun 2009

hari bapa



dengan kesibukan hari ni dapat juga buatkan kek hari bapa untuk suami tercinta yang diminta oleh anak saya.tapi kek nya simple sangat sebab dan penat mendeko kek untuk kawan.kek ni rupanya tak lah menarik sangat tapi untuk tidak menghampakan anak jadilah buat kek terjun.

tempahan kek



harini sibuk sangat sebab siapkan kek hari jadi yang di tempah oleh pelanggan tetap saya.tiapkali hari jadi anaknya pasti menempah kek dengan saya walaupun kekadang saya tak sempat nak buatkan tapi mesti dia nak juga kek yang dibuat oleh saya.maka inilah hasilnya seperti yang dimintanya.

Rabu, 17 Jun 2009

tempahan kek

minggu ni sibuk sikit sebab ada kawan tempah kek untuk hari jadi anak perempuannya pada hari ahad ni.dia minta buatkan kek blueberry dengan hiasan kantoon diatasnya.ingat mingguni nak rehat sikit sebab tiap minggu sibuk aja.so untuk tidak menghampakan pelangan setia jadi kena buat juga le.dah lama tak hadir kelas masakan email selalu dapat dari cikgu tapi masih tak sempat nak gi kelas.

dua minggu lepas kawan baik dari shah alam kak zah ajak gi kelas buat coklat yang tengah top sekarang ni dengan yuran RM 250 tapi hari sekolah tak leh gi sebab kena hantar anak tuisyen tiap hari kat ss14 p.jaya.

Isnin, 15 Jun 2009

biskut lagi





koleksi biskut 2008






setiap tahun pada bulan puasa saya paling sibuk dengan tempahan biskut raya dan kekadang terpaksa tolakm oder sebab tak sempat nak buat biskut tempahan.minggu akhir puasa terpaksa siapkan tempahan bahulu seperti biasa sebab orang dah sibuk nak balik kampung.ini gambar biskut raya yang saya jual.