Jumaat, 21 Januari 2011

faux cake









minggu cuti sekolah ni sempat lagi menyibukkan diri membuat faux cake.kek ni panggil kek tipu2 oleh anak2 ku.bila kek ni siap masing ketawa bila memikirkan apabila tetamu datang kerumah yang menyangkakan kek ni boleh di makan tapi sebaliknya kek ni kek hiasan je.sebetulnya saya ni tokey kek tapi bila tetamu datang tak dapat makan kek cuma yang ada kek tipu2 je itu yang membuatkan anak2 ku ketawa bila menyenangkan nasib tetamu yang datang kerumah ku.faux kek ni hasil kerja ku masa cuti sekolah ni..minggu lepas ada kawan datang dah ngusik ku katanya datang rumah tokey kek tapi keknya tak boleh makan dapat pandang je hehehehe.

minggu yang penuh dengan bunga2











minggu ni ada ke sempatan waktu buat ku.so apa lagi aku pun berbunga2 la pulak bagi mengisi ruang yang kosong.bunga telah ku beli dan masa mengubahnya pun tiba . ini la hasik kerja tangan ku dalam seni gubahan bunga yang memang menjadi minat ku jua jika ada kesempatan waktu.happy sangat bila melihat hasil kerja ku di sipakan dengan jayanya syukur.

ros hitam ku




tahun 2011 ini masih lagi dengan mood deco2 dan koleksi pml hobi terbaru ku.masih mencari kaum kerabat ros hitam ni harap bertemu la hendaknya.minat terhadap pml ni mula timbul bila melihat blog kawan yang dah lama ngumpul pml ni.cuma aku yang agak ketinggalan jauh dari kawan2 hehehe.tapi tak pa masa ada kesempatan waktu untuk ku laksanakan hobi baru ku ini dengan bantuan kawan2 blog terima kasih semua atas bantuan kalian.ros hitam yang ada dalam simpanan ku ini adalah hasil pemberian sepupu ku dan kawan dari pj koleksi bonda mereka yang sudah di gunakan lagi.walaupun minat ku berbeza sedikit dari orang lain yang kumpul lengkap setnya, tapi aku cuma kumpul 6 beradik je dari set yang penuh kerna itu pun minat hubby ku juga begitu sebagai koleksi saya tidak ti gunakan sehari2.

minggu yang penuh dengan kesibukan.





salam buat semua dah terlalu lama ku rasakan tidak menjengok blog.rindu pada kawan2 blog yang sentiasa menjadi teman di kala kesunyian.bila minggu persekolahhan bermula maka kesibukan ku bermula lagi dengan tugasan baru.menjemput dan ngantar anak lelaki ku kesekolah setiap hari.di samping menyiapkan tempahan kek dan lain hasil kerja ku dalam bidang masakan.bagi ku ini rezeki allah pasti ku sempurnakan seperti yang di inginkan pelanggan tetap ku.walaupun tahun ni aktiviti ku dalam bidang bakeri ni terbatas sungguh tapi syukur kerna masih di berikan masa dan tenaga serta kesihatan untuk ku lakukan.