Khamis, 25 Jun 2009

resepi ikan D'rasa

bahan-bahan
1 ekor ikan kerapu/lain ikan boleh
1 biji bawang besar(potong kiub)
1 biji cili bangla(potong nipis)
1 biji cili merah(potong panjang)
1 batang lobak saiz kecil(potong Halus)
2 sudu makan minyak masak
3 sudu besar gula pasir
5 sudu makan sos bawang putih(thai sos pun boleh)
3 sudu sos tomato
1/2 sudu tepung jagung(untuk pekatkan kuahnya bancuh dengan air 1 1/2 cawan)
3 sudu besar cili boh
1 sudu makan sos tiram
garam secukup rasa.
perasa

caranya
ikan goreng separuh masak angkat
panaskan minyak masak,masukkan cili boh tumis gareng kemudian masukkan sos tiram kacau,masuk thai sos,tomato sos biar seketika.kemudian masukkan gula,garam air 1 1/2 cawan yang telah dicampur dengan tepung jagung kacau lagi.apabila mendidih masukkan lobak,cili merah,cili bangla biar lembut sedikit baru masukkan ikan.apabila sudah masak dan secukup rasanya angkat dan didangkan.


selamat mencuba!!!!!!.

ikan masak D'Rasa.



hari ni masak awal sikit sebab petang ada klas.makan tengahari ni inilah menunya ikan D'rasa dan sup ayam cendawan.simple je.kat rumah saya jarang masak banyak jenis lauk dan sayur sebab kita selalunya makan sekali je,malam masak lain menu tapim kalau ada tetamu baru saya masak banyak untuk 2X makan.

aktiviti hari ini





hari saya sibuk menyiapkan cup cakes yang ditempah oleh kawan baru.agak sibuk juga hari ni sebab petang kena hantar anak gi kelas tuisyen ss14pj lepas tu gi kelas agama pulak sampai pukul 4.30 petang sampai rumah dekat pukul 5petang pegi pasar malam pulak beli durian sebab anak dari johor balik esok nak makan durian.esok petang ada kelas coklat gi dengan kawan ina sri damansara.kelas kami kat HOI di sri damansara iaitu kedai menjual barangan kuih dan segala kelengkapan memasak.