Rabu, 17 Oktober 2012

selamat tinggal surabaya

senyum sokmo hehehe
sempat lagi sebelum ke airport beli kek lapis surabaya di ARMANDA sedapppp
nak balik sudahhhh
senyum tak perlu kata apa2 hehehe
macam tak percaya je ni..banyaknya..
wah cik kiah banyak memborong..
waktu dan ketikanya telah tiba untuk kami balik ke tanah air sendiri..betul kata pepatah hujan emas di negeri orang lebih juga di negeri sendiri MALAYSIA KU TERCINTA. wah bila dah bershopping tak hingat bila balik duk berkira2 risau la pulak takut lebih muatan bagasi hehehehe.syukur semuanya berjalan lancar seperti yang kami rancangkan berat bag kami semua lepas tak da masalah masa di kaunter Airasia semasa check in.

shopping hari terakhir di surabaya

suka cantik2 semuanya sukaaa
kualiti bagus2
kualiti AAA
telekong memang cantik2
baju bapak2 bisa di beli di sini memang bagus2 semuanya
hari kami dah nak balik naik flight 7.20pm so ada satu ahri nak ngabiskan aktiviti akhir bershopping.pagi2 lagi kami dah keluar terus tuju PGS lagi sebab ada barang yang teman ku mahu beli sebagai buah tangan dari surabaya buat keluarga di sini. terlalu banyak barang yang boleh di beli di PGS ini. tempatnya terlalu besar boleh sesat kalau tak tahu mintu masuk keluarnya. teman2 sibuk mencari tudung lagi. aku jalan bersendirian kali ini seba masih nak mencari pinggan mangkuk lama lagi hehehe.tapi hampa di sini memang tak ada menjual barang lama yang antik.tapi bagi ku PGS ini mesti di lawati kalau ke surabaya.

pinggan mangkuk lama

dapur minyak tanah lama nak beli tapi susah nak bawak balik la pulak..

mangkuk wild roses yang kucari

cawan VCR yang cantik bunganya

bunga bakul merah ada terlalu banyak di kedai ini

enamel yang kucari berjaya ku temui senyum sampai ketelinga hehehe
hari yang terakhir teman masih melayan kehendak ku. masih mencari pinggan mangkuk lama yang masih belum ku temui.teman dah berhenti bershopping kerna barang yang mereka cari telah di beli semuanya..sasaran utama teman tas tangan..memang cantik2 sangat dan harga jauh beza dari sini.cerita lagi hari ini aku membeli pinggan mangkuk lama(kuno) untuk di bawa balik sebagai koleksi ku.happy sangat kerna di sini masih ada toko yang menjual barang2 lama seperti yang kucari.kalau di tempat kita memang masih boleh di beli tapi harganya agak mahal juga tapi masih mampu milik bagi ku. tapi alang2 ke negara orang kalau jumpa baik beli je..

shopping lagi...sukanya

teringin nak beli tapi susah nak bawak balik sebab dah banyak borong mangkuk tingkat hehehe
periuk enamel algi
aneka periuk belanga enamel
rantang lagi..
termos yang sangat berkualiti dan bagus sekali
kalau di surabaya benda ni di panggil rantang kalau di tempat kita mangkuk tingkat
hari ni kami masih teruskan aktiviti bershopping lagi mencari barang yang belum kami temui. aku apa lagi masih sibuk membeli dari awal lagi sudah ku tulis untuk di beli semasa berada di surabaya ini..jom layan apa yang dapat kucari dan ku beli seperti yang di rancangkan..happy sangat kerna teman2 ku juga turut serta walaupun mereka lansung tidak mencari dan meminati barang yang ku cari ini..

berjalan2 di surabaya

asyik makan2 je kerja kami bisa gemok ni buk kalau terusan makan2 saja hehehehe
masakan di sini sedap menepati selera kami sukaaa
kalau di malaysia mungkin panggil pais ikan
ini memang yang aku sukaaaa sedapppp
layanan di restoran desa ini memang terbaik mesra sekali para pekerjanya
menu2 yang terdapat disi aneka resepi masakan surabaya enak2 sehhh
pagi kami bersarapan secara percuma di hotel cendana masakannya memang best menepati selera kami.
sambung lagi cerita. kami di surabaya 4-3 malam kenangan memang indah kerna memang seronok bersama teman2 sealiran yang memang gemar melancong. kami ni suri rumah yang berniaga sendiri dari rumah(opis kat rumah) walaupun bisnes tak besar mana tapi syukur masih boleh cari duit sendiri walaupun bekerja dari rumah. boleh gi holiday dan saving duit serba sedikit untuk masa depan syukur. sambung balik kisah di surabaya..kami sepanjang 4 hari di sana banyak menghabiskan masa dengan aktiviti bershopping dan jalan di seluruh bandar surabaya memang best bagi yang suka ke sana. jika di bandingkan dengan bandung yang beberapa kali ku lawati surabaya tempatnya aman tiada aktiviti pengemis jalanan yang terlalu banyak seperti di bandung. di sini kita boleh berjalan2 dengan selesa dan aman. penduduknya  memang baik2 belaka.4 hari di surabaya kami makan di restoran nasi padang sepanjang masa. kerna teman ku suka sekali mungkin makan masakan padang. sambil melayan kawan2 bershopping aku teruskan dengan tujuan asal ku ke sana mahu hunting barang antik dan kuno. nasib menyebelahi ku kerna memang aku temui barang yang ku cari dengan bantuan super kami pak didi. teman2 amat memahami minat ku. mereka juga sekali joint aku ,mencari barang2 kuno tampa merugut sedikit pun. sukaaaa dapat barang yang ku cari di sana..

bercuti ke surabaya..memang best.

rasanya agak dah basi untuk ku coretkan kenangan bercuti dengan teman2 ke surabaya Feb 2012. seperti yang kami rancangkan telah tiba masanya mengikut jadual tiket Airasia yang kami tempah masa rm 10 sehala dan rm 10 baliknya juga. tidak termasuk lain bayaran yang di kenakan. syukur saat yang di nantikan untuk bercuti dengan teman2 telah tiba masanya GO HOLIDAY  lagi. kami bertolak dari LCCT pada pukul 7.20am dan sampai di juanda internasional airport lebih kurang pukul 9.20 kalau tak silapku. di sana kami telah di jemput oleh pak didi sebagai pemandu pelancong kami di sana. sampai kami terus di bawa makan direstoran desa masakan tradisional orang surabaya.lepas tu pak didi bawak kami ke mall tunjungan plaza memang best kat sini banyak barang boleh di beli.tapi kami datang jalan2 dulu sebab rancangan awal nak bershopping di PGS plaza kat situ memang murah barang2 yang memang kami nak cari dari awal lagi.