Jumaat, 11 Februari 2011

hobi baru ku











minggu yang sangat menceriakan sebab dapat menghadirkan diri dalam kelas puan amnah di komplek pkns s.alam,dulu kawan2 ada menjemput saya untuk pergi belajar buat aksesori ni tapi masa dulu2 masa tak mengizinkan kerna sibuk dengan tempahan kek dll.tapi tahu 2011 ni niat saya tertunai jua akhirnya disebabkan ada masa yang terluang untuk hadirkan diri dalam kelas ni.hadir dalam kelas ni sangat menyeronokkan kerna dapat belajar buat brooch dengan cara dan teknik yang betul.cikgu yang mengajar sangat frendly orangnya ceria selalu.saya akak hadir lagi dalam kelas ni untuk belajar buat gelang dll.

Jumaat, 21 Januari 2011

faux cake









minggu cuti sekolah ni sempat lagi menyibukkan diri membuat faux cake.kek ni panggil kek tipu2 oleh anak2 ku.bila kek ni siap masing ketawa bila memikirkan apabila tetamu datang kerumah yang menyangkakan kek ni boleh di makan tapi sebaliknya kek ni kek hiasan je.sebetulnya saya ni tokey kek tapi bila tetamu datang tak dapat makan kek cuma yang ada kek tipu2 je itu yang membuatkan anak2 ku ketawa bila menyenangkan nasib tetamu yang datang kerumah ku.faux kek ni hasil kerja ku masa cuti sekolah ni..minggu lepas ada kawan datang dah ngusik ku katanya datang rumah tokey kek tapi keknya tak boleh makan dapat pandang je hehehehe.

minggu yang penuh dengan bunga2











minggu ni ada ke sempatan waktu buat ku.so apa lagi aku pun berbunga2 la pulak bagi mengisi ruang yang kosong.bunga telah ku beli dan masa mengubahnya pun tiba . ini la hasik kerja tangan ku dalam seni gubahan bunga yang memang menjadi minat ku jua jika ada kesempatan waktu.happy sangat bila melihat hasil kerja ku di sipakan dengan jayanya syukur.

ros hitam ku




tahun 2011 ini masih lagi dengan mood deco2 dan koleksi pml hobi terbaru ku.masih mencari kaum kerabat ros hitam ni harap bertemu la hendaknya.minat terhadap pml ni mula timbul bila melihat blog kawan yang dah lama ngumpul pml ni.cuma aku yang agak ketinggalan jauh dari kawan2 hehehe.tapi tak pa masa ada kesempatan waktu untuk ku laksanakan hobi baru ku ini dengan bantuan kawan2 blog terima kasih semua atas bantuan kalian.ros hitam yang ada dalam simpanan ku ini adalah hasil pemberian sepupu ku dan kawan dari pj koleksi bonda mereka yang sudah di gunakan lagi.walaupun minat ku berbeza sedikit dari orang lain yang kumpul lengkap setnya, tapi aku cuma kumpul 6 beradik je dari set yang penuh kerna itu pun minat hubby ku juga begitu sebagai koleksi saya tidak ti gunakan sehari2.

minggu yang penuh dengan kesibukan.





salam buat semua dah terlalu lama ku rasakan tidak menjengok blog.rindu pada kawan2 blog yang sentiasa menjadi teman di kala kesunyian.bila minggu persekolahhan bermula maka kesibukan ku bermula lagi dengan tugasan baru.menjemput dan ngantar anak lelaki ku kesekolah setiap hari.di samping menyiapkan tempahan kek dan lain hasil kerja ku dalam bidang masakan.bagi ku ini rezeki allah pasti ku sempurnakan seperti yang di inginkan pelanggan tetap ku.walaupun tahun ni aktiviti ku dalam bidang bakeri ni terbatas sungguh tapi syukur kerna masih di berikan masa dan tenaga serta kesihatan untuk ku lakukan.

Ahad, 26 Disember 2010

gerobok bondaku











salam buat semua,lama tak melawat blog kerna sibuk dengan tugasan harian.minggu cuti2 ni sibuk sentiasa dengan melayan aktiviti anak2 yang ada di rumah.bermacam kerenah nya so layan je la.minggu ni masih jalan2 cari pml yang menambat hati tetapi belum ku temui yang berkenan di hati.ada la sikit dapat dari pulang ke kampung suami di perak sana hasil terjah di kedai apek dan rumah arwah nenek nya kekwa hitam yang berjaya ku temui dan miliki jadi la walaupun belum lagi ku kumpulkan ahli keluarga kekwa hitam ni.sabar harap dapat ku temui semua saudara maranya..dari pj ke sungai besar terus ke langkap,bidor dan pj semula akhirnya kekwa hitam juga ku temui.hajat hati nak ros hitam tapi kekwa hitam yang sangkut.syukur juga la dari tak dapat apa2 lagi hampa.
ini antara yang dapat di temui dalam jalan2 masa cuti2 ni..semalam balik umah mak dapat juga set pinggan lama tapi moden coraknya..kerna bonda ku moden orang nya..semua koleksi yang dia ada moden2 corak pinggan nya apa2 pun suka sebab menarik juga pinggannya.

Khamis, 9 Disember 2010

mood deco2 masih berbunga2 lagi











salam kawan2 semua minggu ni mood saya masih berbunga2 lagi dengan deco2.tak tau rasa tenang di hati bila berjaya memiliki apa yang kita ingin kan tercapai.semalam sempat membeli rak gantung dari kawan blog..peramah orang nya dan sudi melayan karenah saya yang baru mula dalam dunia deco2 ni.tq yati..hari ni pagi dah teringatkan pinggan lama pemberian dari arwah opah ku dulu yang telah ku simpan selama 20 mengikut tarikh perkahwinan ku.entah kenapa pagi ni aku baru teringat pasal pingan tu yang dah terlalu lama bertapa dalam kabinet dapur ku,mungkin kerana rak yang ku beli semalam membuatkan ingatan kepada pinggan lama tu timbul semula,kalau tak pinggan tu berkubur di situ selama nya la agak nya.hasil hiasan yang tak seberapa tapi ianya dapat mengembirakan hati ku.