Sabtu, 20 Jun 2009

jahitan tudung





saya bertemu dengan cikgu emi dari kg tungku pj beliau telah mengajar saya seni jahitan tudung ikin yang sedang hangat sekarang ini.akhirnya saya berjaya menyiapkan beberapa koleksi tudung yang saya pelajari dengan cikgu emi.ini lah hasilnya.

kelas jahitan langsir




beberapa bulan yang lalu saya mengukuti kelas jahitan,sudah lama saya mencari guru untuk mengajar saya menjahit,syukur dapat bertemu dengan seorang kawan yamg mahir menjahit dan dapat mengajar saya seni jahitan langsir seperti yang saya impikan sebelum ini.saya berjaya menjahit beberapa jenis langsir.

Jumaat, 19 Jun 2009

hari bapa



dengan kesibukan hari ni dapat juga buatkan kek hari bapa untuk suami tercinta yang diminta oleh anak saya.tapi kek nya simple sangat sebab dan penat mendeko kek untuk kawan.kek ni rupanya tak lah menarik sangat tapi untuk tidak menghampakan anak jadilah buat kek terjun.

tempahan kek



harini sibuk sangat sebab siapkan kek hari jadi yang di tempah oleh pelanggan tetap saya.tiapkali hari jadi anaknya pasti menempah kek dengan saya walaupun kekadang saya tak sempat nak buatkan tapi mesti dia nak juga kek yang dibuat oleh saya.maka inilah hasilnya seperti yang dimintanya.

Rabu, 17 Jun 2009

tempahan kek

minggu ni sibuk sikit sebab ada kawan tempah kek untuk hari jadi anak perempuannya pada hari ahad ni.dia minta buatkan kek blueberry dengan hiasan kantoon diatasnya.ingat mingguni nak rehat sikit sebab tiap minggu sibuk aja.so untuk tidak menghampakan pelangan setia jadi kena buat juga le.dah lama tak hadir kelas masakan email selalu dapat dari cikgu tapi masih tak sempat nak gi kelas.

dua minggu lepas kawan baik dari shah alam kak zah ajak gi kelas buat coklat yang tengah top sekarang ni dengan yuran RM 250 tapi hari sekolah tak leh gi sebab kena hantar anak tuisyen tiap hari kat ss14 p.jaya.

Isnin, 15 Jun 2009

biskut lagi





koleksi biskut 2008






setiap tahun pada bulan puasa saya paling sibuk dengan tempahan biskut raya dan kekadang terpaksa tolakm oder sebab tak sempat nak buat biskut tempahan.minggu akhir puasa terpaksa siapkan tempahan bahulu seperti biasa sebab orang dah sibuk nak balik kampung.ini gambar biskut raya yang saya jual.